Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 31 Oktober 2010

- Bonus Kakitangan awam dijangka masuk pada...

       

- Kelantan Menang Piala Malaysia

           

             Tahniah Kelantan Kerana peristiwa bersejarah dengan mengangkat Piala Malaysia untuk pertama kalinya di pertandingan paling berprestij di liga bola sepak Malaysia, setelah mengalahkan juara bertahan Negeri Sembilan 2-1 di final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu malam. Siapa duga kemarau mereka selama 55 tahun kerana mereka berbaris ke final pada tahun 1955 ketika Piala dikenali sebagai HMS Piala Malaya akhirnya ternyata menjadi kenyataan pada malam penentuan Final 2010.....tak sangka betul. Ingatkan N9 Menang lagi sebab pada awal babak pertama N9 dahulu di depan pada minit ke 13 menerusi jaringan Shahurain Abu Samah.


             Masa separuh masa kedua barulah nampak penguasaan kelantan sehingga mendahului 2-1. Buat teman- teman den N9 janganlah hampa kerana Tahun depan ada lagi. Buat kawan selangor dan Johor pula, anggaplah ini suatu kisah...hehehe


            Buat kawan- kawan dan semua penyokong kelantan, Tahniah diucapkan.. Penuh stadium dengan penyokong kelantan dianggarkan seramai 60 ribu orang....(aku Rindukan Penyokong selangor masa era 90-an). Harap lepas ini janganlah ada pergaduhan antara penyokong pasukan kerana Piala Malaysia sudah pun berakhir...


             Akhir kata Majulah sukan demi kesihatan kita dan Negara Malaysia Tercinta.





- Tahukah Anda Punca Pencemaran Air kita Masa Kini...?

                 Punca utama utama ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang najis manusia dan najis binatang ternakan seperti ayam, babi, lembu dan lain-lain ke dalam sungai. Sungai Semenyih, sebagai contoh pernah dicemari dengan puluhan ladang babi pada tahun 1980-an.

                Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air di sungai-sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Pemandangan dari udara ke atas Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di laut.

             Petani di Cameron Highland menggunakan baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel dan rumah kongsi para pekerja tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna menyebabkan najis manusia tidak dirawat dengan betul. Kes ini didedahkan oleh wartawan Karam Singh Walia di TV3 pada 8 Mei 2009. Selepas itu barulah Majlis Daerah Cameron Highland turun padang untuk mengambil tindakan bagi membetulkan keadaan.
Pengilang dari Taiwan dilaporkan mengeksport sisa kimia ke Malaysia dan ditanam di kawasan terpencil di Johor, Malaysia. Beberapa negara maju membuang sisa radioaktif dengan memasukkan sisa ini ke dalam tong-tong dram sebelum membuangkannya ke dalam laut. Tindakan ini boleh merosakkan hidupan marin. Tayar-tayar buruk kononnya akan dijadikan tukun-tukun tiruan di dasar laut terutama di Laut China Selatan. Sesetengah pulau tidak mempunyai sistem pelupusan sampah. Oleh itu wujud 'pulau sampah' secara terancang atau tidak dirancang.

                Cuba kita lihat gambar foto di bawah... apa yang kita nampak...?
Sebuah daratan yang ditengah- tengahnya ada air bukan...?
Tapi sebenarnya kita tertipu, daratan itu adalah sampah sarap yang diasingkan, dan dikumpulkan sehingga menjadi.......dara..tan



Jumaat, 29 Oktober 2010

- Pentingnya Sistem Penapis dengan Teknologi Nano


Pernahkah kita periksa paip yang kita guna di rumah kita...?
Kalau belum, ini lah salah satu gambaran jika paip dirumah kita tidak pernah diselenggara dengan baik. Memang betul air yang keluar dari paip nampak bersih dan tidak kotor, tapi sesiapa yang mempunyai kolam air di rumah, cuba perhatikan kolam air anda, jika terdapat kesan kekuningan di tepi kolam dan air berwarna kekuningan
( Kalau kolam berdindingkan Jubin Putih lagi nampak jelas) bermakna paip air di rumah anda mungkin seperti Foto dibawah...