Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 13 Januari 2011

Tokek Dan Cara Menangkapnya

Haiwan tokek biasanya bersifat agrisif dan lincah

                       Cara menangkap tokek yang benar sebenarnya tidak mudah karena haiwan yang bernilai tinggi ini sangat agresif dan lincah serta yang pasti takut dengan kehadiran manusia yang dekatnya. Tokek kini banyak diburu selain kerana harga jualnya yang boleh mencapai ribu ringgit untuk haiwan berukuran kecil dengan berat tidak sampai 1 kilo juga karena konon bahagian tubuh dari tokek bisa dijadikan ubat untuk menyembuhkan penyakit super dahsyat yaitu AIDS/HIV.
Harga lumayan mengikut saiz dan berat tokek
                      Tokek biasanya boleh di temui di langit – langit rumah atau di atas plafon, namun bukan rumah yang ada di bandar tetapi lebih cenderung berada dirumah – rumah yang berada di sekitar hutan atau lingkungan yang 80% masih diliputi hutan hijau seperti di daerah pedalaman.
                      Bagi Anda yang mahu mencuba menangkap tokek, berikut adalah cara menangkap tokek yang sebenar yang saya perolehi dari berbagai sumber di internet sebagai rujukkan.
Perbandingan saiz Tokek
                      Walau bagaimana pun pengalaman yang saya tidak boleh lupakankan apabila saya menghadiri kursus di salah sebuah peranginan di sungai congkak, Hulu Langat Selangor, ada seekor tokek melekat di celah cermin tingkap. Masa peristiwa tersebut saya masih belum mengenali tokek dan tidak tahu haiwan ini bernilai harga yang tinggi. Saya biarkan sahaja selama semalaman di tingkap tanpa mengindahkannya tersepit. Keesokannya heboh pasal haiwan tokek tersepit dan ada kawan- kawan yang mengetahui nilai tokek ini tanpa membuang masa menangkap haiwan tersebut dengan memasukkannya di dalam balang kaca. Saya pula tidak mengindahkan perbuatan sekumpulan kawan ini. Tahu- tahu sahaja haiwan sebesar tapak tangan tersebut telah di tangkap dan di jual pada tabib cina dengan harga RM20,000 .... Menyesal tak sudah apabila dapat tahu berita tersebut. Sampai sekarang saya cuba mencari info berkenaan Haiwan ini. Jadi sesiapa yang mahu menangkap selamat mencuba..!!!


 Kaedah Mudah tangkap Tokek

1. Memancing Dengan menggunakan Bulu
tokek sangat menyukai bulu-bulu kecil, karena dikira serangga. Oleh para pencari tokek, bulu itu digunakan sebagai alat memancing, agar binatang tersebut keluar dari sarangnya.
’Tokek kan senang sama bulu, dikira makanan. Biasanya bulu itu kita taruh di ujung lidi atau bambu, dan digerak-gerakkan di depan lubang tokek,’’
Namun perlu juga diperhatikan, jangan sembarangan menangkap binatang itu menggunakan tangan kosong, karena jika menggigit sangat susah dilepaskan. Sehingga, dibutuhkan alat tambahan, seperti penjepit untuk menangkapnya
2. Buatlah Tokek mabok dengan tembakau
Peralatan yang digunakan menangkap tokek saat mudah, hanya sebatang tongkat dan sebatang rokok. Caranya, rokok diikatkan di salah satu ujung tongkat lalu diberi makan ke tokek.
Untuk menarik perhatian tokek, goyangkan rokok tersebut di depan matanya. Saat memakannya, tokek akan langsung mabuk dan siap ditangkap. gunakan jaring ikan ketika tokek sudah mabok

3 ulasan:

  1. Maaf kerana Kaedah mudah menangkap tokek didalam bahasa indonesia sebab di indonesia banyak pemburu haiwan ini yang pasti mereka adalah pakar dalam menangkapnya dan kita juga boleh mempelajari kaedah tersebut...

    BalasPadam
  2. Salam.
    tangkap dengan sarung tangan pun boleh. kalau berani, tangkap la dengan tangan kosong. Hehehehe....

    dari:
    Zezebel.

    BalasPadam