Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 29 Oktober 2010

- Pentingnya Sistem Penapis dengan Teknologi Nano


Pernahkah kita periksa paip yang kita guna di rumah kita...?
Kalau belum, ini lah salah satu gambaran jika paip dirumah kita tidak pernah diselenggara dengan baik. Memang betul air yang keluar dari paip nampak bersih dan tidak kotor, tapi sesiapa yang mempunyai kolam air di rumah, cuba perhatikan kolam air anda, jika terdapat kesan kekuningan di tepi kolam dan air berwarna kekuningan
( Kalau kolam berdindingkan Jubin Putih lagi nampak jelas) bermakna paip air di rumah anda mungkin seperti Foto dibawah...


Siapa tahu dari mana Punca bekalan air yang kita perolehi untuk kegunaan harian....?
Adakah air yang diminum tidak mengandungi bahan kimia...?
Berkhasiat ke untuk kesihatan kita...?
Banyak maklumat yang kita perolehi dari air tercemar...
Hasil daripada pemerhatian kita, sama ada sedar ataupun tidak, kita dapati pesakit akan mengalami simptom seperti muntah-muntah, sakit tekak, cirit-birit, sakit perut dan lain-lain simptom yang biasa berlaku akibat daripada pencemaran air dan golongan kanak-kanak adalah yang paling ramai menghidapinya..
Bagaimana pula anak- anak kita...?
adik- adik kita....?
Orang tua kita...?




Selain daripada itu terdapat banyak kenyataan di akhbar- akhbar dan media masa tenteng pencemaran sungai di negara kita... adakah kita hanya membaca sebagai maklumat sahaja...?
kenapa kita tidak mengambil tindakan dengan mencegahnya..?
Dah tentu kita berserah sahaja kepada pihak kerajaan atau pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. Tapi di rumah kita adakah bekalan air kita selamat dan tidak tercemar..? kalau dulu di kampung senang untuk mendapatkan air bersih, tetapi di Era 2000 terdapat terlalu banyak kilang- kilang perindustrian, pertanian, penternakan dan bermacam- macam lagi aktiviti yang membuatkan punca bekalan air kita tercemar. Bukan setakat ini sahaja, malah aktiviti ini masih giat dilakukan. Terlalu banyak kawasan perhutanan di bangunkan, di gondolkan, di tarah bukit untuk mendapatkan tanah dan aktiviti ini tiada kesudahannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan