Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 18 Januari 2011

Exora Vs Alza

























 Sekarang ini Malaysia sudah dilanda demam kereta jenis MPV (Multi Purpose Vehicle). Daripada kereta MPV keluaran Proton iaitu Proton Exora VS Perodua Alza (Perodua). Masing-masing bersaing secara sihat dalam meningkatkan penjualan kereta. Adakah anda merupakan pengguna Proton Exora atau pun Perodua Alza? Bagaimana pemerhatian anda?
Pembelian kereta baru sebagai menggantikan kereta yang dibeli bagi tempoh antara tahun 2003 hingga 2005 menjadi salah satu faktor pertumbuhan penjualan kenderaan pada tahun ini. Frost & Sullivan mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) mencapai 555,000 buah atau pertumbuhan 4.5 peratus itu, sambil menggariskan pelancaran model baru, kadar faedah yang rendah, pemulihan ekonomi serta pembeli daripada golongan muda sebagai penyumbang kepada pertumbuhan tersebut.
Ketua Amalan Automotif dan Pengangkutan Frost & Sullivan (Asia Pasifik), Kavan Mukhtyar berkata, kenderaan pelbagai guna (MPV) dijangka mencatatkan pertumbuhan tertinggi sebanyak 12.7 peratus, dengan penjualan 68,000 buah yang menyaksikan persaingan sengit antara Proton Exora dan Perodua Alza. ”Pembeli berpotensi yang menangguhkan pembelian pada tahun lalu juga dijangka menggantikan kereta mereka pada tahun ini kerana keadaan ekonomi yang lebih baik,” katanya. Beliau yang juga Rakan Kongsi Frost & Sullivan menyatakan demikian ketika membentangkan tinjauan industri automotif Malaysia 2010.
Pada tahun lalu industri automotif tempatan diramal mencatatkan TIV sebanyak 531,000 buah. Kereta penumpang dijangka mencatatkan pertumbuhan paling perlahan tahun ini dengan 3.2 peratus berbanding tahun lalu berikutan kekurangan model baru selain pembeli lebih cenderung memiliki MPV. bagaimanapun, ia kekal menjadi penyumbang terbesar kepada penjualan kenderaan dengan menguasai 75.3 peratus daripada TIV. Menurut Kavan, pelancaran Perodua Alza, Kia Forte, model baru Proton, Proton Persona yang dipertingkatkan serta beberapa model baru Nissan, Kia, Peugeot dan Audi turut membantu menjana penjualan kenderaan pada tahun ini. Tambah beliau, golongan muda akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan penjualan kenderaan untuk jangka masa panjang selain bilangan pembeli kereta untuk kali pertama yang dijangka meningkat bagi tempoh beberapa tahun akan datang.

Sementara itu, Kavan memberitahu, Proton berjaya meningkatkan penguasaan pasaran sebanyak 1.9 peratus pada tahun lalu berikutan pelancaran Proton Exora. ”Bagaimanapun, Perodua terus mengekalkan kedudukan nombor satu pembuat kereta utama Malaysia pada 2009 dengan jangkaan penguasaan sebanyak 33.4 peratus diikuti rapat oleh Proton sebanyak 30.4 peratus,” jelasnya. Tambah beliau, bagi segmen kereta bukan nasional, penguasaan pasaran Toyota dijangka berkurangan sebanyak empat peratus kepada 13.6 peratus pada 2009 berikutan persaingan sengit dalam segmen MPV dan kereta penumpang bersaiz sederhana. Katanya, penguasaan pasaran Honda tumbuh sebanyak 1.6 peratus kepada 8.1 peratus ekoran pelancaran Honda City baru untuk tempoh tersebut.



 AlZA

Harap tiada yang menyesal apabila membeli Perodua Alza. Kepada sesiapa yang ingin membuat perbezaan antara Exora & Alza, boleh menonton rancangan Driven yang disiarkan di TV8. Dalam episod minggu lepas, Driven membuat pandu uji Exora & Alza. Jika anda terlepas episod itu, untuk menonton episod tersebut anda boleh menyalari laman YouTube. Anda juga boleh membaca komen di bahagian bawah ini. Cuma saya berharap tidak ada yang menyesal, berikut adalah satu petikan komen dari page tersebut :






alza owner says:

aku merupakan pemilik alza…sememangnya aku rasa menyesal memiliki alza nie…rasa cam nk jual jer…byk sgt problem…kerusi berbunyi la…bauh mnyk smpi dlm kabin…bunyi angin msk kabin…dan yg pling x best bila time hujan…bunyi atas bumbung mcm dok dlm umah atap zink…tension2…dh tu,td yg ader mamat tggi td dok kerusi 3rd row tue nmpk sgt menipu nyer…klu jln dkt2 blh la kot…cuba jln jauh tgk…mcm nk patah kaki…alza aku nie pun dr beli smpi skrg harap anak aku yg pling kecik jer duduk sorang2…yg diaorg compare td juz bab pick-up speed n fc jer…sebenarnya dh sah2 yg alza & exora nie xlayak ditandingkan bersama exora…maybe exora lbh sesuai lwn ngan g.livina & alza hampeh nie plak ngan juara….aku marah nie bersebab…abg aku pemilik exora,mmg beza giler bila aku test drive kete dia…speed pun aku dh try…senang2 touching 170kmh…luas usah citer la…anak2 dia siap blh bentang toto lg bila jln jauh…huhhh…nyesal x sudah aku beli alza nie…



 EXORA

For Exora nilai lah sendiri... aku tak dapat nak komen. Aku tray juga cari komen yang tak bagus bagi exora, tapi ternyata komen yang diberi tidak munasabah. 

 

16 ulasan:

  1. Assalamualaikum...terima kasih post tentang exora n alza...nk tnya ckit..apa perbezaan Alza n Myvi...mana yg lebih baik...mungkin saudara lebih tahu..boleh terangkan sikit tak...terima kasih ye..

    BalasPadam
  2. mpv hanya untuk exora...
    alza adalah wagon...

    BalasPadam
  3. dari segi keselesaan mmg tak dinafikan exora sebab lagi besar berbanding alza. saya pemilik alza. sebelum ni saya pakai proton saga blm. saya rasa beza di sini ialah enjin sebab kita tahu enjin perodua mmg enjin jepun dan sudah terjamin dari segi kualiti berbanding enjin campro yang masih baru.dulu semasa pakai blm saya rasa kekurangan dari segi kualiti enjinnya kerana kurang pickup, agak bising dan terasa berat ketika pasang aircond berbanding kereta2 perodua yang saya biasa bawa. dari segi harga pon mmg berbeza mahal lagi exora. sebenarnya ikut penggunaan sama ada nak guna untuk harian atau perjalanan jauh sahaja. untuk harian better alza sbb minyak jimat dan kereta lebih ringan, kalau perjalanan jauh better exora. alza pon boleh dikira MPV sebab saya pernah bawa 7 orang dewasa tp agak kurang sesuai bagi yang berbadan besar untuk duduk di belakang kerana agak sempit dan suspension belakang alza pon agak lembut.

    BalasPadam
  4. saya pun seorang driver yg pakei proton SAGA FL. Dari segi engin , i dapat rasa campro memang kalah banding dgn vvt engin(perodua) , dari segi body ,proton lebih tahan lasak...So , setiap kereta memang ada kelebihan mereka sendiri... Kalau nak 100% ok tak ada problem punya kereta belilah kereta luar negara ,kalau made in malaysia,kita tau tau jak lah, sebab tu lah perodua dan proton bagi servis dan warranty.

    BalasPadam
  5. Sy penggune exora..bagi sy..exora x setanding kerete produa.sebab exora di kotogorikan.kerete orang tue lau nk di bandingkn dngn alza lebeh solid dan bergaye terkini

    BalasPadam
  6. alza ringan memanglah minyak sedikit berbanding exora yang berat.kereta ringan pick up ok tapi x stabil denga kapaciti enjin.kereta berat walaupun minyak angkut banyak tapi stabil dan x laju accident sedikit.kalau nak selesa beli alza tapi kalau nak selamat beli exora.

    BalasPadam
  7. sy guna exora bold ok jerr..power

    BalasPadam
  8. saya pemilik proton dan perodua, kalu nak racing guna wira murah! kalu nak jalan jauh beli alza murah gak, hehe

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Aku pki alza..bgi aku ikut kesesuaian masing2..aku ada ank 3 xde masalah kot..lgipon minyak jimat klu jln jauh..pickup pon ok lah,ringan je..pki timing chain..tukar minyk itam dgn gearbox je..bini nk bwk parking pon kompiden..
    Exora ni besar mmng sesuai naik ramai2..cuma masih lgi pki timing belt..dulu pki saga dan wira..mls dh nk dok pk dan ingt bla nk tukar timing belt..
    Apa2 pon masing2 punya kesesuaian dan minat..

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Nak beli alza ke exora???ermm...

    BalasPadam
  14. Nak beli alza ke exora???ermm...

    BalasPadam
  15. Dua2 best sedap bawa.. Sekarang saya lebih selesa pandu toyota vellfire.

    BalasPadam
  16. Seminggu aku google.. tanya org.. tanya jurujual.. tny anak2..
    Kesimpulan..
    Exora ni selesa sbgai MPV. Long distance

    Alza ni sesuai sbgai kereta harian2..

    BalasPadam