Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 24 Januari 2011

Caruman kwsp naik 11 peratus !!!



            

KUALA LUMPUR: Kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja dinaikkan semula kepada 11 peratus daripada lapan peratus berkuat kuasa gaji Januari 2011.
“Majikan perlu memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan di-bayar kepada KWSP bermula daripada caruman bulan Februari 2011,” kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan semalam.
Kadar caruman berkanun bahagian pekerja sebelum ini diturunkan daripada 11 peratus kepada lapan peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.
Nik Affendi berkata ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun itu tidak perlu mengambil sebarang tindakan. — Bernama

Patutlah aku check gaji banyak sangat KWSP potong....

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan