Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 17 Januari 2011

MyVi Or Viva....

PERBEZAAN MYVI DAN VIVA


enjin:

myvi.
1. timing chain. boleh bertahan sekurang2nya sejauh 400,000km.
2. ada DVVT 4 silinder. kurang gegaran pada mounting berbanding 3 silinder.
3. enjin kurang stress bila high speed. jadi, penggunaan petrol lebih jimat.
4. enjin diimport dari luar dan dipasangkan di kilang perodua.
5. local content kurang.



viva.
1. timing belt. perlu ditukar setiap mega_shok.gif,000km. kos pertukaran timing belt kit baru original adalah RM250 ke atas.
2. ada DVVT. tapi 3 silinder. gegaran adalah sifat semulajadi enjin 3 silinder.
3. enjin agak stress pada high speed. jadi, penggunaan petrol lebih byk dari myvi. penggunaan petrol jimat bila dipandu perlahan (bawah 100km/h).
4. enjin viva di casting dan dibuat di kilang perodua sendiri.
5. local content lebih banyak.

transmisi:


myvi.
1. dilengkapi 4 speed with over drive. RPM akan direndahkan antara 300-500rpm selepas gear 4 dimasukkan tanpa mengurangkan speed kereta anda. ini bertujuan bagi mengurangkan stress pada enjin tanpa kehilangan kuasa pada enjin. bermakna enjin lebih senyap dan lancar.
2. kalau yg bertransmisi manual pula. pertukaran clutch plate tidak perlu diturunkan enjinnya. jadi, kos upah menjadi lebih murah.


viva.
1. dilengkapi 4 speed tanpa overdrive. tidak ada penurunan RPM untuk transmisi ini pada gear 4. enjin agak stress pada speed 100kmh ke atas.
2. untuk transmisi manual....enjin perlu diturunkan untuk menukar clutch plate dan kos upah sudah tentu mahal.

interior:

myvi.
1. masih boleh diterima walaupun umum tau interior myvi adalah dari material yg biasa sahaja dan tak ada apa2 keistimewaan melainkan dari spec SE.
2. seat masih boleh diterima walaupun fabrik nya betul2 fail.

viva.
1. interior yang agak menjengkelkan dan nampak sangat ianya dari material yg murah. lebih2 lagi doortrim nya.
2. seat viva juga fail dari segenap aspek. dalam beberapa tahun sahaja span akan mula haus dan tak mustahil anda akan dapat rasa frame besi pada seat tu bila duduk di atasnya.

chasis:

myvi.
1. chasis myvi walaupun nampak lebih besar dari viva tetapi masih lagi kurang daripada 1000kg. jadi, anda akan terasa membuai bila dipandu laju.
2. bodyroll tetap ada tetapi x seteruk viva.

viva.
1. lebih ringan dari kelisa. bermakna, setiap kepingan besi pada viva adalah nipis dan ringan.
2. bodyroll cukup kuat dan menakutkan bila duduk di seat belakang. lebih2 lagi pada waktu hujan.

kesimpulannya:

jangankan kerana nak jimat beberapa ringgit terpaksa ambil viva yg mana kualitinya agak kureng berbanding myvi.
perodua mendapat margin keuntungan lebih banyak menjual viva berbanding myvi.
margin paling sedikit dalam sejarah perodua menjual kereta adalah model kelisa. maka dengan sebab itulah kelisa ditamatkan pengeluarannya.
harga sebuah viva 1000cc (premium) sepatutnya tidak sampai rm30k tetapi terpaksa dijual pada harga rm44k kerana tidak diluluskan oleh Persatuan Automobil Malaysia (AAM). ini kerana akan memberi kesan pada jualan kereta proton.

jadi, kenaikan harga pada viva adalah terlalu mendadak berbanding myvi. sebab itulah harga myvi basic dan viva premium hampir sama.
tetapi perodua masih mampu menjualnya dengan kuantiti yg banyak disebabkakn perodua lebih menitikberatkan pada kualiti pemasangan.
kualiti pemasangan adalah berbeza dengan kualiti material.
kualiti pemasangan perodua adalah jauh lebih bagus berbanding proton.

tiada keraguan, enjin2 keluaran perodua sememangnya tahan lasak dan berkualiti.
yg menjadi persoalan besar adalah kualiti dalaman (interior) dan keteguhan chasis.

1 ulasan: